put your click please :)

Tuesday, January 21, 2014

Sedikit Tazkirah Buat Semua

Assalamualaikum
maaf sudah lama ta update entry kat blog ni.. busy dengan assignment menimbun-nimbun. biasa lepas 1 assignment 1 lagi assignment.. tapi ni tak.. lepas 1 5 dia bg.. --" mane tak gile kepala otak ni memikir. hahaha.

entry hari ni say nak kongsi sedikit ilmu yang dikurniakan oleh Allah dan ingin sangat berkongsi kepada yang sudi membaca.. 

Manusia dapat diibaratkan sebagai pinggan, dimana terdapt 3 jenis pinggan. iaitu ;

1. Pinggan yang bersih / baru dibeli. tak perlu dibasuh atau dibuang, terus simpan didalam rak. : bermaksud, manusia yang beriman dan bertaqwa (hati bersih) atau kanak-kanak yang baru lahir. mereka sudah bersih. terus ditempatkan didalam syurga Allah.

2. pinggan yang kotor. perlu dibasuh dahulu sebelum disimpan kedalam rak. : bermaksud, manusia yang pernah melakukan dosa akan diletakkan dineraka Allah dahulu, bagi membersihkan dosa2 lampau sebelum ditempatkan didalam syurga.

3. pinggan yang sudah pecah, tak buleh guna, terus buang kedalam tong sampah. : bermaksud, kafir, murtad, yang melakukan dosa-dosa besar, dan dimurkai Allah. teros dibuang kedalam Neraka dan tidak layak untuk melihat syurga Allah.

yang baik datang dari Allah, yang buruk harap dimaafkan.
sama-sama lah kita mengingatkan diri masing2.. insyaAllah..

No comments :

Post a Comment

Please Hit Your click :)